Archive for the 'sembang' Category

May 16 2010

Gotong-royong pembinaan markaz KRT Zon A Bandar Pulai Jaya

Published by admin under sembang

Pada pagi Ahad yang hening tadi, berkumpullah beberapa warga KRT Zon A Bandar Pulai Jaya di Surau Al-Mukminin untuk bersama-sama merangka markaz atau tempat yang lebih sesuai untuk bermesyuarat dan berkumpul. Program yang bermula pukul 8.30 am telah berterusan sehingga ke petang.

Ini adalah markaz atau pun post sementara KRT sementara menunggu peruntukan untuk membina bangunan KRT yang lebih selesa lengkap dengan prasarana sewajarnya.

Kayu saiz 2×4 yang digunakan sebagai rangka (frame).

Proses mengukur dan menimbang sedang berjalan :)

Sebahagian dari toolbox kepunyaan En. Asari. Betul ke? Atau En. Jamari? Saya pun tak pasti.

Drilling bukan sahaja di platform minyak tapi semasa nak buat rangka bumbung ni.

Nampak gaya kerja-kerja ni tak boleh selesai hari ni…kena sambung hari lain lagi…

One response so far

May 02 2010

Program Perasmian KRT Zon A Bandar Pulai Jaya Lancar

Published by admin under sembang

Shukurlah, program perasmian KRT Zon A Bandar Pulai Jaya lancar dan selamat dirasmikan oleh YB  Dato’ Hj. Abdul Aziz Bin Hj. Sapian dilangsungkan tadi.  Program tersebut yang telah dirancangkan sejak awal tahun lagi akhirnya berjaya dilaksanakan di tapak gelanggang bola keranjang di taman permainan Zon A. Selain daripada YB, VIP lain yang turut serta adalah JKKK iaitu En. Jalil Sairi, JKP iaitu En Kamsaini Kamaruddin, Pengerusi KRT – En Rahman Mahmood, Ketua Polis Balai Polis Kangkar Pulai – En. Jasmani.

Seramai lebih kurang 300 orang telah hadir pada majlis tersebut. Antara highlight dalam majlis ini adalah upacara perasmian majlis dan juga menandatangani pelan bangunan KRT oleh YB. Cabutan hadiah bertuah juga dinanti-nantikan oleh para hadirin yang telah setia menunggu sejak awal lagi. Oleh kerana YB terpaksa menghadiri majlis lain di tempat lain, maka beliau terpaksa meninggalkan majlis lebih awal. Namun demikian, kehadiran beliau dan suntikan semangat yang diberikan akan dijadikan sebagai inspirasi bagi jawatan kuasa KRT dan juga ahli KRT lain untuk terus teguh menjalankan tugas sukarela ini.

Jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Tidak dilupakan Biro Helwa yang menjadi support dan nadi penting dalam gerak kerja dan KRT Zon A Bandar Pulai Jaya.

Memori dari majlis boleh di layari dari gambar-gambar di bawah (Ini adalah sebahagian gambar sahaja, yang dikecilkan resolusinya):

Gambar-gambar lain akan diupload kemudian, bukan apa…line internet ni lambat sangat. Jenuh nak upload!!!

One response so far

Mar 22 2010

Program perjumpaan bersama penduduk Zon A Pulai Jaya

Published by admin under sembang

Perjumpaan AJK KRT yang rasmi bersama penduduk Zon A BAndar Pulai Jaya telah selamat dilaksanakan pada hari Sabtu 13 Mac 2010 yang lalu. Majlis yang dikendalikan secara sederhana telah dihadiri oleh wakil dari Perpaduan, JKKK Bandar Pulai Jaya – En. Abd. Jalil Sairi, Pengerusi KRT – En. Rahman Mahmood, Setiausaha KRT – En. Azman Harun dan Bendahari KRT – En. Abdul Rashid Mohd. Berikut adalah rakaman fotografi program bersama penduduk dari mula sehingga akhir.

Persiapan khemah dan sistem audio

Peti sumbangan. Berapa agaknya kutipan pada malam itu? Bendahari yang tahu

Beberapa ketika sebelum majlis berlangsung

Setiausaha dan bendahari KRT Zon A tengah buat apa tu?

Senarai kedatangan yang masih belum penuh di isi oleh mereka yang hadir pada malam itu

Cawan-cawan polisterin untuk jamuan ringkas pada akhir majlis

Majlis baru bermula

Ucapan dari wakil perpaduan, En……

Warga Zon A Bandar Pulai Jaya sedang khusyuk mendengar

Wakil Perpaduan masih rancak menerangkan sesuatu

Angle lain gambar wakil perpaduan di snap

One response so far

Jan 25 2010

Perasmian KRT Zon A Bandar Pulai Jaya

Published by admin under sembang

Majlis perasmian KRT Zon A BAndar Pulai Jaya telah ditangguhkan kerana kemangkatan Sultan Johor dan akan di pinda ke tarikh baru. Maklumat tentang perasmian KRT Zon A Bandar Pulai Jaya yang baru adalah:

Tarikh: 31 Januari 2010

Hari: Sabtu

Tempat: Gelanggang Bola Keranjang di Taman Permainan Zon A.

No responses yet

Jan 22 2010

Perasmian Kumpulan Rukun Tetangga Zon A Bandar Pulai Jaya

Published by admin under sembang

Sukacita diumumkan bahawa kita akan mengadakan majlis perasmian Kumpulan Rukun Tetangga Zon A Bandar Pulai Jaya pada tengahari hari Ahad ini iaitu 24 Januari 2010 bertempat di padang permainan Zon A.

No responses yet

Jan 07 2010

BarBaque 2010

Published by admin under sembang

Pada malam tahun baru 2010, warga lelaki KRT Zon A Pulai Jaya telah bersama-sama menjalankan barbeque.

No responses yet

Oct 19 2009

Mari bertugas

Published by Azhar under sembang

salam…hari ni bermulanya rondaan malam mengikut jadual yang baru..selamat menjalankan tugas kpd semua ahli-ahli rondaan..dan berhati – hati ketika bertugas..

One response so far

Apr 30 2009

Magik

Published by shidiez under sembang

Anda mesti lakukan ini..cuba jgn tak cuba … nanti anda akan menyesal………….
Manarik.. pelik tapi benar… misteri nusantara… tak rugi mencuba…

Cuba tumpu perhatian. Ikut arahan dibawah ni… sesuatu menakjubkan akan anda saksikan buat pertama kalinya.. jeng.. jeng…

1. tutup sebelah mata anda (kiri atau kanan)
2. ambil mouse anda
3. tekan butang kanan (right click) mouse tu
4. pilih “select all” (atau ctrl-A atau select all guna mouse tu)

woi, takde kerja lain ke… asyik main internet jer… bos bayar gaji bukan utk main internet …
pegi buat kerja tu… patut ler keja bertimbun-timbun..
.takde mana magiknya …….
hahaha, jangan mare hah…tapi kalau kat umah takpe ler…

No responses yet

Apr 27 2009

~Perodua MPV~

Published by shidiez under sembang

Ramai yang memuji Proton Exora, Perodua pun ada buat MPV juga.

Gambar Perodua MPV di bahagian dalam. Akan dilancar pada bulan November ini. Kecil sikit dari Proton MPV Exora… Kira kategori 5+2 la… Exora full 7 seater.

Kapasiti enjin : 1.5 cc

Enjin : VVTI

Harga : RM60k to RM65k

Perodua MPV @ hot pictures
Perodua MPV @ hot pictures

Perodua MPV @ hot pictures

Perodua MPV @ hot picturesPerodua MPV @ hot pictures

Perodua MPV @ hot pictures

 

 

No responses yet

Apr 27 2009

Ikan keli gergasi

Published by shidiez under sembang

Selalu kita dengar ikan keli Arfika yang boleh sebesar peha orang dewasa, tetapi apa yang orang kampung di Sg mekong, Thailand dapat lagi besar. Panjangnya 9 kaki (2.7 m) dan beratnya 293 kg!

MEKONG GIANT FISH @ strange pictures

~~yokk!! hardcore2 mancing..kiter gi sg. Mekong….dapat sekor..terus retired mancing kot…hehehe

No responses yet

Next »