May 16 2010
Ribut mengganas di Bandar Pulai Jaya
Sayugia di suatu petang minggu yang dilanda hujan lebat disusuli dengan sinergi tiupan kencang angin gabungan utara dan selatan, terlihatlah akan banyak pohon-pohon yang patah dan gugur di sepanjang jalan. Impak keganasan angin bukan sahaja meratap pohonan malah juga bumbung zink sebuah rumah di Jalan Pulai Jaya 2/9. Bumbung zink berkembar (dipasang sekaligus untuk 2 rumah) melayang ke atas dan tersangkut di atas bumbung rumah di Jalan Pulai Jaya 2/7 dan tertahan atas kabel elektrik sebelum jatuh ke hadapan sebuah rumah dan menutupi separuh jalan Pulai Jaya 2/7.
Situasi sebigini yang tidak pernah terjadi telah pun berlaku dan mengejutkan semua penghuni Jalan Pulai Jaya 2/7 dan mereka yang melalui jalan ini. Nasib baik tiada siapa yang cedera dan juga tiada kenderaan tertimpa rangka dan binaan zink tersebut.
Dengan segera, setelah sebuat lori 1 tan tiba, penduduk-penduduk yang mulanya memerhati, bersama-sama mengemas, membersih, memotong rangka besi dan mencabut zink yang bertaburan di atas jalan raya. Inilah contoh 1 Malaysia yang terpapar di mana semua orang berganding bahu tolong menolong untuk membereskan sesuatu masalah.
Jangan terkejut… bumbung zink ini diterbangkan angin ribut dari Jalan Pulai Jaya 2/9 dan jatuh di Jalan Pulai Jaya 2/7.
Nampak tak rangka lampu neon 4 kaki atas jalan raya?
Sebahagian kecil dari rangka bumbung jatuh di rumah lagi satu, nyaris melanggar kereta MPV yang parking dalam kereta.
Penduduk bersama-sama membereskan apa yang dah berlaku
Bukan ringan rangka besi dan zink ini. Ramai-ramai tarik baru boleh gerak.
Proses mencabut zink dari rangka besi
Peristiwa seperti ini memang tak pernah terjadi lagi di Bandar Baru Pulai Jaya. Semoga kami semua warga Pulai Jaya dapat bersatu padu seperti ini selalu dan hidup aman damai.







En. Abd. Jalil Sairi
(013-7766911)
Pengerusi:
Naib Pengerusi:
Setiausaha:
N. Setiausaha:
Bendahari:
Ketua:
Pen. Ketua:
Ketua:
Pen. Ketua:
Pen. Ketua:
Ketua:
Pen. Ketua:
Ketua:
Pen. Ketua:
Ketua:
Pen. Ketua:
Ketua:
Pen. Ketua:
Ketua:
Pen. Ketua:
