Archive for the 'Pengumuman' Category

Jan 29 2010

“RALAT” Perasmian KRT Zon A Bandar Pulai Jaya

Published by shidiez under Pengumuman

Majlis perasmian KRT Zon A BAndar Pulai Jaya akan ditangguhkan sekali lagi diatas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan. Majlis akan di pinda ke tarikh baru. Maklumat tentang perasmian KRT Zon A Bandar Pulai Jaya yang baru adalah:

Tarikh: Akan di umumkan

Hari: Akan di umumkan

Tempat: Gelanggang Bola Keranjang di Taman Permainan Zon A

No responses yet

Dec 18 2009

Majlis Awal Muharram & Perpisahan Imam

Published by admin under Pengumuman

Majlis dan ceramah sempena Awal Muharam telah di jalankan di Surau Al-Amin Bandar Pulai Jaya pada Khamis malam Jumaat (17 Disember 2009). Penceramah jemputan dari Pusat Islam telah dijemput untuk memberikan ceramah Awal Muharram. Selepas dari pada solat Isya’ berjemaah, majlis penyampaian cenderahati kepada Imam Surau Pulai Jaya telah di laksanakan. Imam akan berpindah ke Melaka atas urusan peribadi.

No responses yet

Nov 30 2009

Emas Free Dalam Barangan Terpakai?!

Published by admin under Pengumuman

Emas Percuma dari barangan elektronik terpakai?

OKlah, selain daripada iklan kopi daripada Pak Hamzah kita, saya pun nak share @ hebahkan maklumat yang agak interesting ni…pasal emas percuma dalam barangan elektronik terpakai. So, lepas ni, kalau ada barangan terpakai (elektronik), jangan buang, boleh bagi saya… Nanti saya korek dan cari emas dan jual…hehe…

Baru saja tadi saya buka email dan terbaca tentang buat duit dari emas percuma yang ada dalam barangan elektronik terpakai. Memang bagus idea ni. Saya pun memang ada banyak betul barangan elektronik terpakai seperti dalam remote control kereta anak saya, remote TV yang bersepah-sepah, kipas angin saya yang rosak dan sebagainya.
Bayangkan, anda mendapat satu cara baru untuk buat duit melalui emas dalam barangan terpakai ini. Di mana harga emas sedang naik dan emas lebih berharga dari duit kertas. Anda akan didedahkan dengan cara untuk tidak proses emas-emas ini, kerana ada tukang emas yang sanggup membeli terus barangan terpakai ini dari anda.
Dianggarkan Lebih 20 Juta Barangan Elektronik Ini Berada Diluar Sana (Malaysia) Tanpa Orang Ramai Tahu Nilainya. Untuk mengetahui tentang ilmu baru ini dengan lebih lanjut, sila klik pada banner di bawah:

bullet

2 Cara Buat Duit Dengan Gold Scrap Yang Ada Dalam Barang Elektronik.

bullet

Jenis Barangan Elektronik Yang Bernilai.

bullet

Panduan Untuk Tidak Proses Sendiri.

bullet

Cara Paling Berkesan Untuk Pisahkan Emas dan Proses Hingga Jadi Emas Tulen.

bullet

Pentingnya Mengumpul Emas Dari Barangan Elektronik Sekarang.

bullet

Cara Untuk Mulakan Terus Perniagaan Ini Dan Mendapat RM 700 ke RM 4000 Untuk Permulaan.

bullet

Panduan Untuk Mencari Tukang Emas Yg Tidak Tipu Anda

bullet

Cara Untuk Dapatkan Emas Percuma Yang Tersembunyi / Tidak Disedari
(Selain Dari Emas Dalam Barangan Elektronik).

bullet

Cara Untuk Mengambil RM 500 Dari Setiap Rumah Di Malaysia
(RM 2.5 Juta Jika 5 Ribu Rumah Sahaja).

One response so far

Oct 23 2009

Jadual Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT Zon A Bandar Pulai Jaya

Published by admin under Pengumuman

Jadual Skim rondaan sukarela (SRS) KRT Zon A Bandar Pulai Jaya telah disiapkan oleh setiausaha, iaitu En. Azman. Untuk melihat jadual, sila klik di sini.

No responses yet

Oct 23 2009

Tahniah En. Nazri @ Proton

Published by admin under Pengumuman

Mungkin ada yang belum tahu tetapi saya mendapat tahu Isnin lalu bahawa En. Nazri kita baru sahaja menimang cahaya mata ke-3, anak lelaki berat 3.5kg. So, sesapa yang nak melawat, jangan lupa bawa hadiah.

One response so far

Oct 22 2009

Mesyuarat HELWA

Published by admin under Pengumuman

Mesyuarat HELWA telah diadakan pada 22 Oktober 2009. Keputusan mesyuarat akan dipaparkan dalam laman ini secepat mungkin.

Harapnya ada ahli HELWA yang dapat membantu Biro ICT KRT Zon A ni.

No responses yet

Oct 14 2009

Sijil Rasmi KRT Zon A Bandar Pulai Jaya

Published by admin under Pengumuman

No responses yet

Oct 13 2009

Mesyuarat Penyusunan Skim Rondaan Sukarela (SRS)

Published by admin under Pengumuman

Mesyuarat penyusunan Skim Rondaan Sukarela (SRS) telah selamat dilaksanakan pada malam ini, iaitu 13 Oktober 2009 bertempat di Restoran, Taman Pulai Emas. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil Perpaduan iaitu En. Khamis. Undian telah dibuat dan susunan jadual bertugas akan di upload kan secepat mungkin.

No responses yet

Oct 06 2009

Mesyuarat Rasmi Perlantikan AJK KRT Zon A

Published by admin under Pengumuman

Sukacita dimaklumkan mesyuarat rasmi perlantikan jawatankuasa KRT Zon A BAndar Pulai Jaya yang baru setelah penubuhan KRT Zon A mendapat kelulusan Perpaduan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya semalam.

Mesyuarat berkenaan yang bermula pada pukul 8.45 malam di ruang memasak di surau telah di hadiri oleh sebanyak 22 ahli jawatankuasa KRT Zon A dan juga En. Khamis dari pihak Perpaduan Kawasan Kulai Jaya.

Berikut adalah senarai perlantikan jawatankuasa baru KRT Zon A BAndar Pulai Jaya:

Pengerusi: En. Rahman Mahmood
Naib Pengerusi: En. Zulfin Khalid
Setiausaha: En. Azman Harun
Naib Setiausaha: En. Azhar Ramli
Bendahari: En. Abd Rashid Mohd Aris
Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan: En. Khamis Togiman (Ketua) En. Rashdan Rani(Pen. Ketua)
Biro Kerohanian dan Agama: En. Md. Zin B. Satari, En. Pang, En. MahaLinggam
Biro Sukan dan Rekreasi: En. Abu Samah (Ketua) En. Nazri Kamarudin (Pen. Ketua)
Biro Tugasan dan Alatan: En. Ridzuan Maidin (Ketua) En. Jamari Yatin(Pen. Ketua)
Biro Tugas-tugas Khas: En. Abdul Latif Kaslan (Ketua), En. Jelani Borhan
Biro Hal Ehwal Wanita: Pn. Zabidah Sumiri, Pn. Nuraisyah Abdullah
Biro ICT: En. Zaki Yamani Zakaria (Ketua) En. Nurasyidi Salleh

p/s: Gambar dan makluman lanjut akan di upload kemudian sebab saya tak sempat lagi nak buat sekarang… Senarai AJK yang lama di side bar akan saya tukar secara berperingkat. Harap maklum. Segala cadangan dan pandangan, boleh juga di utarakan pada Biro ICT melalui link ini.

3 responses so far

Oct 06 2009

Majlis Sambutan Raya Peringkat Zon A Bandar Pulai Jaya

Published by admin under Pengumuman

Majlis Sambutan Raya Peringkat Zon A Bandar Pulai Jaya akan di jalankan pada 18 Oktober 2009 di Padang permainan ke-2. Untuk makluman lanjut, sila hubungi wakil/ajk di lorong masing-masing. Pelbagai aktiviti yang menarik serta menu-menu hebat akan dihidangkan. InsyaAllah Power!!!

No responses yet

Next »