Mar 31 2009
Archive for March, 2009
Mar 28 2009
Persiapan Sebelum Karaoke dan Sukaneka ke-3
Pada suatu petang Sabtu, terkisah lah…

Smalamm beli kaler oren..naper plak..tuka waner kuning nie..sah!! apek kedai hadwer pakai kaler celup nie..!!

Wei!! korang carik kat dalam mmg x de!! nie haa kat tepi pagar nie..bendenyer..nie mesti si Antoo @ Goss yg cembunyikan nie….huhuhu..

Nie klu adjust sket taruk kuda2 “KOMPOM” leh wat due tingkat khemah nie..!!

Tengok nie caree nyer nak buat..haa..gulung baik2..selit kat sini..pastu sambung kat situ…dan ko picit jer bende tue..takut nnt kuar plak kareen tue…hangguss kiter nnt!!!….

Smalam ade la bendenyer nyer…kat sini lah..klu nak cari kene selak2 baru jumper bendenyer..malas tul tuan rumah nak nebass!! alonn-alonnn….

Orang nak main GOP! aku pon nak main..pakai batang kayu..main kat lalang pon boleh laaa..careeeee..dieeee….puiihhh.

Wahh!! bukan main sronok main air…mentang2 ler air pree..yg lain tue pelagi…gosok ler lantai tue biar bersinar…wakakaka
Mar 27 2009
Kisah si Mamat
“Mamat ini amatlah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah tersebut bolehlah tahan cunnya. Mamat ini pun tak kalah kacaknya. Ngorat punya ngorat, tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon depan Pak Haji Dollah. Dia bukan main warak lagi, berkopiah di kepala.
Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka semuanya berjalan dengan lancar. Malam itu agak lewat sedikit keluarga Haji Dollah masuk tidur kerana sibuk berkemas rumah selepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugalah masuk tidur. Agak terganggulah juga kemanisan malam pertamanya itu.
Selepas semuanya selesai barulah dia orang tidur. Ketika sedang nyenyak tidur, Pak Haji Dollah mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bang! un mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah.
Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah, dia asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam.
Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya itu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam, Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi,
“Hai, Mat… kenapa solat subuh tiga rakaat?” lantas Si Mamat jawab, “Eh, ya ke tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi.”
“Masya Allah..,” mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Rupanya si Mamat ini tak pernah sembahyang Subuh. Dia tak tahu yang solat subuh tu dua rakaat
tamattttt”
Mar 27 2009
Mana benda yang free tu..?
Bila suami balik kerja, isterinya suruh ke pasaraya untuk membeli barang-barang dapur. Jadi pergilah si suami membeli semua barang- barang yang dipesan.
Bila pulang ke rumah, isterinya mengambil beg-beg plastik dan membawa keluar semua barang untuk disimpan. Isteri terjumpalah satu tin marjerin. Di luar tin tu ada tulis … FREE…
Isteri tanya si suami, mana benda yang ‘FREE’ ini? Kenapa tak ambil?
Suami katalah lupa hendak meminta benda itu tadi. Maka isterinya pun menyuruh suami pergi semula ke pasaraya tersebut untuk menebus benda ‘FREE’ itu.
Suami pun pergilah membawa tin planta tadi jumpa jurujual untuk menebus benda ‘FREE’ yang tertulis.
Bertengkarlah suami tadi dengan jurujual terbabit. Jurujual itu kata benda ‘FREE’ itu ada dalam tin.
Suami kata mana boleh, dalam mesti tak ada punya.Dia terus meminta dari jurujual.
Penyelia yang kebetulan lalu di situ dan terdengar pertengkaran mereka. Apabila ditanya, dia pula dimarahi oleh si suami tadi. Si suami berkenaan minta juga benda ‘FREE’ dari penyelia itu. Suami tadi tunjuk tin planta yang ada bertulis ‘FREE’ itu. Supervisor tadi belek kanan belek kiri tin planta tersebut.
Dia membaca tulisan berbahasa Inggeris itu ..CHOLESTEROL FREE…!!!
Mar 26 2009
Warna-warna Proton MPV
Mar 25 2009
Makanan Melayu di Englishkan
Makanan tradisional Melayu apabila di Englishkan..
1. Belacan = BELL – ARCH – UN
2. Tempe = TEMP – AIR
3. Cencaluk = CHANGE – CHARGE- LOOK
4. Jering = JAR – INK
5. Pulut Panggang = PULL -OUT PUNK – GANG
6. Ayam percik = ARE – ARM – PERT – CHECK
7. Kuih kodok = COW – EIGHT COW – DOG
8. Siput sedut = SHIP – OUT SAD – OUT
9. Pulut kuning = PULL – OUT CORN – INK
10. Kuih Karipap = COW – EIGHT CARRY – PUB
11. Lempeng pisang = LAMP – PINK PEACE – LUNG
12. Pekasam = PEAK – A – SOME
13. Guali kambing = GOALLY – COME – IN
14. Sirap = SAY – RUBB
15. Gulai lemak = GOAL – LIE LAMP – MARK
16. Cili padi = CHILD – LY – PADDY
Mar 25 2009
Jangan over
1.Terlalu lama berdiri – merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang.
2. Terlalu lama duduk – merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.
3. Terlalu lama berjalan – merosakkan urat.
4. Terlalu lama melihat – merosakkan darah.
5. Terlalu banyak tidur – merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!
6. Terlalu banyak ketawa /gembira – merosakkan usus.
7. Terlalu kerap marah – merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.
8. Terlalu banyak berfikir – merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.
9. Terlalu banyak bersedih – merosakkan jantung.
10. Terlalu merana – merosakkan paru-paru.
11. Terlalu takut – merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
12. Terlalu kerap terkejut – merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.
13. Terlalu banyak makan – merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.
14. Terlalu banyak minum minuman berais – merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda..
15. Terlalu banyak masa lapang – merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif
16. Terlalu banyak baca e-mail – nanti bos marah. Dah … pegi sambung buat keje tu, jangan nak baca e-mail je. hee.he…
Mar 23 2009
Ayat baru Jepun
07. Yang kerap bikin kacau – WAKASI HURUHARASUKAMURA
03. Yang bisu – KIETA TADASORA
04. Yang suka makan nasi – NANACHI KASIBANYA
08. Yang sangat kedekut – MATIMATI TAMOKASI
09. Yang suka sangat tidur – ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang suka mengintai – HINTAI AKOSUKA
11. Yang tua – TARAGIGI PADAMOKA
12. Yang kena tinggal bini – SUSAHATI BINILARI
13. Yang suka merempit – SAJA CARIMATI




















































En. Abd. Jalil Sairi
(013-7766911)
Pengerusi:
Naib Pengerusi:
Setiausaha:
N. Setiausaha:
Bendahari:
Ketua:
Pen. Ketua:
Ketua:
Pen. Ketua:
Pen. Ketua:
Ketua:
Pen. Ketua:
Ketua:
Pen. Ketua:
Ketua:
Pen. Ketua:
Ketua:
Pen. Ketua:
Ketua:
Pen. Ketua:
