Archive for May, 2009

May 18 2009

Manchester United are champions

Published by shidiez under Pengumuman

Manchester United champions, Gary Neville, FOOTBALL - 0

Soccer - Barclays Premier League - Manchester United v Arsenal - Old Trafford

Manchester United were crowned Premier League champions

2008-2009 Premier League Manchester United Nemanja Vidic - 0

Nemanja Vidic ~ Manchester United’s players’ and fans’ player of the year.

 

No responses yet

May 05 2009

~~Lawak pendek ~~

Published by shidiez under lawak jenaka

Kebakaran Hutan

Seorang Menteri meninjau kawasan kebakaran hutan yang cukup luas, sehingga menimbulkan kerugian yang agak besar.
Menteri tersebut bertanya kepada salah seorang pegawainya yang berada berhampiran:
“Apa yang menyebabkan kebakaran hutan ini hingga begitu luas sekali?”
“Api, Tuan!”, sahut pegawai yang ditanya dengan pantas.

Makan Semut

Di sebuah klinik, ketika memeriksa seorang pesakit ,Doktor mendapat panggilan telefon daripada seorang suri rumah. Suaranya begitu cemas dan kalut.

Suri rumah: Doktor! Doktor! Anak saya makan semut.!

Doktor :Tak apa, jangan cemas. Semut tidak berbahaya.

Suri rumah:Tapiiiii…saya dah beri anak saya makan racun serangga agar semut tu mati.

Doktor :Apa ??Cepat bawa dia ke hospital!

Apabila orang tua nak dapat baby

Suatu hari tu tengah la lepak kat depan bilik bersalin ade la sorang pakcik tu dengan tergesa2 die masuk la lam bilik bersalin tu…

saya hairan melihat dia… sebab dia siap menangis lagi… . selepas beberapa minit… pak cik tadi kluar dgn di tolak oleh seorang jururawat… saya jadi makin hairan…

saya pun ke kaunter pertanyaan..
“nurse..nurse..ape kena ngn pkcik td mase masuk td tergesa2… kuar kena tolak ngn nurse.?”

Nurse tu pun bertahu… ..pakcik tu pengsan tadi masa nurse tanya mana wife awk?? yg sebenarnya pakcik tu lupe bawak wife die… hahaha…

Ni kes kahwin bini muda la ni..

Tertelan duit

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. “Ha, kan ayah dah keluarkan ni.” Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, “Buat lagi sekali ayah.”

Kisah kasih suami pada isteri

Pak Cik Remy adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand . Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Cik Remy yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Cik Remy pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Cik Remy begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, “Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu.” Pak Cik Remy menjawab, “sebenarnya sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu.”
” Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh…… ”

 

~~hahahaha…nak lagi kerr….x cukup?….tungggu yekkk……….enjoy!!!

No responses yet