May 02 2010

Program Perasmian KRT Zon A Bandar Pulai Jaya Lancar

Published by admin at 3:15 pm under sembang

Shukurlah, program perasmian KRT Zon A Bandar Pulai Jaya lancar dan selamat dirasmikan oleh YB  Dato’ Hj. Abdul Aziz Bin Hj. Sapian dilangsungkan tadi.  Program tersebut yang telah dirancangkan sejak awal tahun lagi akhirnya berjaya dilaksanakan di tapak gelanggang bola keranjang di taman permainan Zon A. Selain daripada YB, VIP lain yang turut serta adalah JKKK iaitu En. Jalil Sairi, JKP iaitu En Kamsaini Kamaruddin, Pengerusi KRT – En Rahman Mahmood, Ketua Polis Balai Polis Kangkar Pulai – En. Jasmani.

Seramai lebih kurang 300 orang telah hadir pada majlis tersebut. Antara highlight dalam majlis ini adalah upacara perasmian majlis dan juga menandatangani pelan bangunan KRT oleh YB. Cabutan hadiah bertuah juga dinanti-nantikan oleh para hadirin yang telah setia menunggu sejak awal lagi. Oleh kerana YB terpaksa menghadiri majlis lain di tempat lain, maka beliau terpaksa meninggalkan majlis lebih awal. Namun demikian, kehadiran beliau dan suntikan semangat yang diberikan akan dijadikan sebagai inspirasi bagi jawatan kuasa KRT dan juga ahli KRT lain untuk terus teguh menjalankan tugas sukarela ini.

Jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Tidak dilupakan Biro Helwa yang menjadi support dan nadi penting dalam gerak kerja dan KRT Zon A Bandar Pulai Jaya.

Memori dari majlis boleh di layari dari gambar-gambar di bawah (Ini adalah sebahagian gambar sahaja, yang dikecilkan resolusinya):

Gambar-gambar lain akan diupload kemudian, bukan apa…line internet ni lambat sangat. Jenuh nak upload!!!

One response so far

One Response to “Program Perasmian KRT Zon A Bandar Pulai Jaya Lancar”

  1. jalilon 07 May 2010 at 1:33 am

    TAHNIAHHHH…dan SYABASSS kepada semua yang terlibat didalam program perasmian KRT Bandar Pulai Jaya Tempohari, kerana berjaya mengadakan satu program yang besar untuk tahun 2010. Mudah-mudahan program-program seperti ini dapat diteruskan untuk kebaikan seluruh penduduk Bandar Pulai Jaya.

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply