Jan 04 2009

Kelab Wanita

Published by admin

Kelab Wanita Anggun ditubuhkan pada Disember 2008 dan bernaung di bawah J/K KRT Zon A Bandar Baru Pulai Jaya. Pelbagai aktiviti sedang dan dirancang oleh Kelab Wanita Anggun. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah:

1) Aerobic Dance
Dijalankan pada setiap hari Ahad pada pukul 7.30-8.30 pagi bertempat di Taman Permainan zon A Bandar Pulai Jaya (Gelanggang Bola Keranjang). Bayaran yuran dikenakan adalah hanya sebanyak RM20.00 sebulan untuk sekeluarga. Aerobic Dance ini dipimpin oleh jurulatih professional. Semua penduduk Bandar Pulai Jaya dijemput memeriahkan Aerobic Dance. Badan cergas otak sihat.

2) Bengkel Kecantikan – Let’s Get Gorgeous
Dalam kelas ini anda akan diajarkan cara penjagaan kulit dengan betul untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Anda juga akan berpeluang untuk mempelajari pemilihan warna yang tepat untuk solekan harian. Jemput rakan anda bersama berseronok sambil belajar. Percuma analisa dan konsultasi kulit anda secara peribadi. Untuk tempahan kelas, sila hubungi Wyna di talian hotline 013-7418185 atau wynakmal@gmail.com.

Kelas Facila dan Spa (Penjagaan diri seperti spa di rumah)
Tarikh: 13/21/28 Februari 2009, Tempat: 43 Jalan Pulai Jaya 2/7.

Facial dan Make-up (Kenakan gaya seperti pro)
Tarikh: 22/28 Februari 2009, Tempat: 43 Jalan Pulai Jaya 2/7.

——————————————–

Berikut adalah organisasi Kelab Wanita Anggun:

Pengerusi:
Puan Zabidah Sumiri (07-6627485/012-7855481)

Naib Pengerusi
Puan Rosmawati Mokhtar (019-7110551)

Setiausaha
Puan Rohana Ismail (019-7614639)

Bendahari
Puan Masitah Salamat (07-6627105)

6 responses so far

6 Responses to “Kelab Wanita”

  1. shidiezzon 08 Jan 2009 at 2:07 am

    Tahniah!! kepada semua AJK dan Ahli-ahli kelab Wanita KRT Zon A. Semoga banyak aktiviti2 yang dapat dijalankan bagi memberi faedah kepada kaum wanita terutamanya wanita di Zon A.

  2. jalilon 19 Feb 2009 at 7:49 am

    tahniah juga diucapkan kpd kelab wanita kerana telah berjaya menubuhkan kelab yang terdiri dari berbilang kaum dan kalau bolih cuba dapatkan kaum cina untuk menyertainya. program program yang dan akan dijalankan juga nampak menarik kecuali program penjagaan muka kerana yang pasti kaum lelaki tidak akan mengikuti nya kerana muka masing masing dah licin mcm dahi terutama kawan kita tu… si…….kah kah kah,jangan marah haa, nanti kene jual.

  3. saniejbon 24 Feb 2009 at 12:08 am

    Ucapan tahniah juga dari saya buat Kelab Wanita. Setuju dengan Encik Jalil bahawa penglibatan kaum lain harus juga diambilkira bila merancang aktiviti.

    Kalau boleh, cuba dapatkan satu atau dua kawan dari kalangan Cina atau India untuk turut terlibat sebagai AJK. mereka mungkin boleh membantu untuk menarik ahli-ahli lain dari kelompok mereka.

    Tentang cabaran…saya tak boleh nafikan ianya akan berterusan. jangan dihirau dan dilayan dengan tohmahan dan kata-kata yang cuba melemahkan perjalanan aktiviti Kelab Wanita.

    Teruskan dengan mempelbagaikan aktiviti dan buktikan bahawa dengan niat ikhlas dan komitmen yang ada….tiada halangan untuk Kelab Wanita berjaya.

    Selamat Berjaya Tan Sri Rafidah…oopppssss…tersasul pulak ke Wanita UMNO…hehehe…eerrrrr Pn Zabidah…

  4. shidiezzon 24 Feb 2009 at 1:00 am

    aduss….terasa sebakzz di dadazz bila baca respon dari saniejb kiter…fuhh..!! menusuk ke kalbu..walaupun begitu intipati dan mesej yang di sampaikan oleh saniejb begitu fokus. seterusnya memberi perangsang dan semangat bagi memantapkan sesebuah kelab. Tq. salamm tuk saniejb…:)

  5. jalilon 25 Feb 2009 at 5:12 am

    saniejb kalau cakap bagi pihak kelab wanita,, peehhhh… berkobar-kobar, naik ngeriiii dan ngiluuu pulak gua baca.. eeee…..seremmmmm…kih kih kih

  6. ilsaon 11 May 2009 at 3:43 am

    Tahniah untuk kelab wanita kerana berjaya menganjurkan kursus dengan pihak luar pada hari ahad lalu. difahamkan kehadiran peserta kursus sungguh menggalakan. Di harap program yang baik seperti ini dapat diteruskan dari masa kesemasa demi kebaikan peserta itu sendiri khususnya dan demi bandar pulai jaya am nya…

    Saya difahamkan bahawa AJKKK bandar pulai jaya juga mengucapkan tahniah diatas kejayaan kelab wanita dalam menganjurkan kursus seperti ini.

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply