Jul 04 2011

Program Malam BBQ KRT Zon A Bandar Pulai Jaya

Published by admin under sembang

Dengan segala hormatnya kami maklumkan bahawa KRT Zon A Bandar Pulai Jaya akan mengadakan BBQ. Maklumat terperinci adalah seperti berikut:

Tarikh : 9 Julai 2011

Hari : Sabtu

Masa: 9 malam

Tempat : Gelanggang Permainan Zon A, BPJ.

Merujuk kepada perkara tersebut, pihak KRT Zon A, Bandar Pulai Jaya dengan sukacitanya mempelawa semua penduduk Zon A Bandar Pulai Jaya untuk bersama dengan bayaran hanya RM20 sekeluarga dan sebahagian kos akan ditanggung oleh KRT Zon A, Bandar Pulai Jaya.

Mereka yang berminat diminta untuk memaklumkan kepada En. Zulfin bin Khalid (017-7585688) atau En. AzmanBin Harun (013-7707011).

No responses yet

Jul 04 2011

Penundaan Program Hari Keluarga KRT Zon A Pulai Jaya 1

Published by admin under sembang

Atas sebab-sebab rasmi yang tidak dapat dielakkan, Program Hari Keluarga KRT yang dirancangkan terpaksa ditunda.

No responses yet

Jul 02 2011

Program Hari Keluarga KRT Zon A Bandar Pulai Jaya 1

Published by admin under Aktiviti, Berita, Pengumuman

Tempat: Pantai Teluk Tunjuk, Tg. Leman, Mersing.

Tarikh: 2 dan 3 Julai 2011 (Sabtu dan Ahad).

Bayaran Bilik : RM130 – Single, RM150 – Double, RM200 – Double-double.

Makan (sekeluarga) : RM30 sehari

Bayaran lain: RM10 sekeluarga

Aktiviti: BBQ, memancing, karaoke, sukaneka, bola sepak pantai, bina istana dan pelbagai lagi.

One response so far

Feb 28 2011

Laman Web Surau Al-Amin Pulai Jaya 1 dibuka

Published by admin under Berita

Sukacita di maklumkan bahawa Surau Al-Amin di Zon A Bandar Pulai Jaya telah pun memiliki web site sendiri. InsyaAllah website ini, yang baru sahaja di lancarkan akan memuatkan informasi tentang aktiviti surau semasa dan akan datang. Kini, website surau sedang dalam proses update informasi dan dijangka akan siap tidak lama lagi.

One response so far

Feb 28 2011

Persatuan Silat Cekak KRT Pulai Jaya 1

Published by admin under Aktiviti, Berita

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Silat Cekak KRT Bandar Pulai Jaya 1 telah di tubuhkan pada akhir desember 2010. Aktiviti Persatuan Silat Cekak ini dijalankan setiap pagi Ahad dan telah mempunyai keahlian lebih dari 20 orang.

Maklumat lanjut beserta gambar akan dimuat naik tidak lama lagi.

No responses yet

Feb 28 2011

Pondok KRT secara rasminya di buka

Published by admin under Aktiviti, Pengumuman

Pembinaan pondok KRT yang memakan masa berbulan-bulan akhirnya siap dan selamat di rasmikan pada Januari 2011 yang lalu. Pondok KRT ini yang dibina beramai-ramai secara sukarela oleh AJK KRT boleh memuatkan lebih kurang 25 ke 30 orang pada satu masa.

Gambar-gambar akan di muat naik tidak lama lagi.

No responses yet

May 16 2010

Ribut mengganas di Bandar Pulai Jaya

Published by admin under Berita

Sayugia di suatu petang minggu yang dilanda hujan lebat disusuli dengan sinergi tiupan kencang angin gabungan utara dan selatan, terlihatlah akan banyak pohon-pohon yang patah dan gugur di sepanjang jalan. Impak keganasan angin bukan sahaja meratap pohonan malah juga bumbung zink sebuah rumah di Jalan Pulai Jaya 2/9. Bumbung zink berkembar (dipasang sekaligus untuk 2 rumah) melayang ke atas dan tersangkut di atas bumbung rumah di Jalan Pulai Jaya 2/7 dan tertahan atas kabel elektrik sebelum jatuh ke hadapan sebuah rumah dan menutupi separuh jalan Pulai Jaya 2/7.

Situasi sebigini yang tidak pernah terjadi telah pun berlaku dan mengejutkan semua penghuni Jalan Pulai Jaya 2/7 dan mereka yang melalui jalan ini. Nasib baik tiada siapa yang cedera dan juga tiada kenderaan tertimpa rangka dan binaan zink tersebut.

Dengan segera, setelah sebuat lori 1 tan tiba, penduduk-penduduk yang mulanya memerhati, bersama-sama mengemas, membersih, memotong rangka besi dan mencabut zink yang bertaburan di atas jalan raya. Inilah contoh 1 Malaysia yang terpapar di mana semua orang berganding bahu tolong menolong untuk membereskan sesuatu masalah.

Jangan terkejut… bumbung zink ini diterbangkan angin ribut dari Jalan Pulai Jaya 2/9 dan jatuh di Jalan Pulai Jaya 2/7.

Nampak tak rangka lampu neon 4 kaki atas jalan raya?

Sebahagian kecil dari rangka bumbung jatuh di rumah lagi satu, nyaris melanggar kereta MPV yang parking dalam kereta.

Penduduk bersama-sama membereskan apa yang dah berlaku

Bukan ringan rangka besi dan zink ini. Ramai-ramai tarik baru boleh gerak.

Proses mencabut zink dari rangka besi

Peristiwa seperti ini memang tak pernah terjadi lagi di Bandar Baru Pulai Jaya. Semoga kami semua warga Pulai Jaya dapat bersatu padu seperti ini selalu dan hidup aman damai.

One response so far

May 16 2010

Gotong-royong pembinaan markaz KRT Zon A Bandar Pulai Jaya

Published by admin under sembang

Pada pagi Ahad yang hening tadi, berkumpullah beberapa warga KRT Zon A Bandar Pulai Jaya di Surau Al-Mukminin untuk bersama-sama merangka markaz atau tempat yang lebih sesuai untuk bermesyuarat dan berkumpul. Program yang bermula pukul 8.30 am telah berterusan sehingga ke petang.

Ini adalah markaz atau pun post sementara KRT sementara menunggu peruntukan untuk membina bangunan KRT yang lebih selesa lengkap dengan prasarana sewajarnya.

Kayu saiz 2×4 yang digunakan sebagai rangka (frame).

Proses mengukur dan menimbang sedang berjalan :)

Sebahagian dari toolbox kepunyaan En. Asari. Betul ke? Atau En. Jamari? Saya pun tak pasti.

Drilling bukan sahaja di platform minyak tapi semasa nak buat rangka bumbung ni.

Nampak gaya kerja-kerja ni tak boleh selesai hari ni…kena sambung hari lain lagi…

One response so far

May 02 2010

Program Perasmian KRT Zon A Bandar Pulai Jaya Lancar

Published by admin under sembang

Shukurlah, program perasmian KRT Zon A Bandar Pulai Jaya lancar dan selamat dirasmikan oleh YB  Dato’ Hj. Abdul Aziz Bin Hj. Sapian dilangsungkan tadi.  Program tersebut yang telah dirancangkan sejak awal tahun lagi akhirnya berjaya dilaksanakan di tapak gelanggang bola keranjang di taman permainan Zon A. Selain daripada YB, VIP lain yang turut serta adalah JKKK iaitu En. Jalil Sairi, JKP iaitu En Kamsaini Kamaruddin, Pengerusi KRT – En Rahman Mahmood, Ketua Polis Balai Polis Kangkar Pulai – En. Jasmani.

Seramai lebih kurang 300 orang telah hadir pada majlis tersebut. Antara highlight dalam majlis ini adalah upacara perasmian majlis dan juga menandatangani pelan bangunan KRT oleh YB. Cabutan hadiah bertuah juga dinanti-nantikan oleh para hadirin yang telah setia menunggu sejak awal lagi. Oleh kerana YB terpaksa menghadiri majlis lain di tempat lain, maka beliau terpaksa meninggalkan majlis lebih awal. Namun demikian, kehadiran beliau dan suntikan semangat yang diberikan akan dijadikan sebagai inspirasi bagi jawatan kuasa KRT dan juga ahli KRT lain untuk terus teguh menjalankan tugas sukarela ini.

Jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Tidak dilupakan Biro Helwa yang menjadi support dan nadi penting dalam gerak kerja dan KRT Zon A Bandar Pulai Jaya.

Memori dari majlis boleh di layari dari gambar-gambar di bawah (Ini adalah sebahagian gambar sahaja, yang dikecilkan resolusinya):

Gambar-gambar lain akan diupload kemudian, bukan apa…line internet ni lambat sangat. Jenuh nak upload!!!

One response so far

Mar 22 2010

Program perjumpaan bersama penduduk Zon A Pulai Jaya

Published by admin under sembang

Perjumpaan AJK KRT yang rasmi bersama penduduk Zon A BAndar Pulai Jaya telah selamat dilaksanakan pada hari Sabtu 13 Mac 2010 yang lalu. Majlis yang dikendalikan secara sederhana telah dihadiri oleh wakil dari Perpaduan, JKKK Bandar Pulai Jaya – En. Abd. Jalil Sairi, Pengerusi KRT – En. Rahman Mahmood, Setiausaha KRT – En. Azman Harun dan Bendahari KRT – En. Abdul Rashid Mohd. Berikut adalah rakaman fotografi program bersama penduduk dari mula sehingga akhir.

Persiapan khemah dan sistem audio

Peti sumbangan. Berapa agaknya kutipan pada malam itu? Bendahari yang tahu

Beberapa ketika sebelum majlis berlangsung

Setiausaha dan bendahari KRT Zon A tengah buat apa tu?

Senarai kedatangan yang masih belum penuh di isi oleh mereka yang hadir pada malam itu

Cawan-cawan polisterin untuk jamuan ringkas pada akhir majlis

Majlis baru bermula

Ucapan dari wakil perpaduan, En……

Warga Zon A Bandar Pulai Jaya sedang khusyuk mendengar

Wakil Perpaduan masih rancak menerangkan sesuatu

Angle lain gambar wakil perpaduan di snap

One response so far

Next »